Sabah Online Education Centre - Enhancing Employability
Banner Of SOLE
     [Pencarian Terperinci]              Sat, 11/Sep/10   Eng | BM
Meningkatkan Kebolehpasaran

Institution Login

Username
i.e your email
Kata Laluan



 
Daftar Institusi Anda Sekarang
 


 

 

Enhancing Employability Image

SOLE -TET

Meningkatkan kebolehpasaran diri

1. Meningkatkan peluang pekerjaan anda

Setiap tahun jumlah atau bilangan pemegang sijil di peringkat sekolah, kolej mahupun universiti semakin bertambah. Secara amnya, anda perlu bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang amat terhad pada masa kini. Mereka yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kelayakan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mendapatkan pekerjaan. Walau bagaimanapun, ia masih tidak mencukupi. Anda harus memastikan bahawa anda merupakan calon yang terbaik di kalangan yang lain. Oleh itu, anda seharusnya dapat meyakinkan bakal majikan anda bahawa anda adalah calon yang sesuai untuk pekerjaan yang ditawarkan. Untuk memastikan anda mendapat pekerjaan yang diimpikan, anda seharusnya membuat persiapan bagi memberi kelebihan kepada anda berbanding calon-calon yang lain.

Seksyen ini memberi garis panduan dan nasihat yang diperlukan bagi menulis resume dan persediaan yang diperlukan untuk menghadapi temuduga.

2. Panduan menulis resume. Apakah itu resume?
Resume ataupun 'curiculum vitae' (C.V) adalah ringkasan butiran diri, kelayakan akademik, kemahiran berkaitan, kemampuan dan pengalaman relevan. Biasanya resume ditulis dalam satu atau dua muka surat sahaja. Anda tidak perlu  menulis resume anda lebih daripada dua muka surat kecuali anda mempunyai banyak pengalaman kerja yang perlu diketengahkan. Maklumat ini perlu diterangkan dengan jelas dan teratur di dalam sesuatu resume kerana ia merupakan tiket untuk anda ditemuduga.

Adakalanya majikan menyediakan laman web bagi anda memohon sesuatu pekerjaan. Anda dikehendaki untuk memasukkan data ke dalam resume elektronik yang disediakan. Dalam kes seperti ini, anda perlu mengikut format yang telah ditentukan untuk memasukkan maklumat anda. Pada masa kini semakin banyak majikan yang menyediakan laman web bagi pengguna untuk memohon pekerjaan.

3. Menulis resume yang efektif

Pastikan sebelum menulis resume anda, tuliskan pada sehelai kertas informasi-informasi berkaitan diri anda - kemahiran, kelayakan, pengalaman bekerja dan pencapaian dalam aktiviti ko-kurikulum. Ini akan memudahkan anda untuk menyediakan resume.
Sesuatu resume mestilah mengandungi maklumat yang JELAS, TEPAT dan relevan sahaja. Resume juga harus ditaip dengan kemas. Isinya mestilah komprehensif dan tidak berulang-ulang. Resume juga hendaklah ditulis dalam rangka ayat yang RINGKAS dan mudah difahami.

a. Maklumat perhubungan

Maklumat perhubungan anda hendaklah diletakkan bahagian atas resume. Sebagai contoh, nama anda, alamat, nombor telefon, alamat emel (jika ada). Berikan nama anda seperti yang tertera di dalam kad pengenalan diri anda (MyKad).

Gunakan alamat tetap anda. Jika anda bercadang menggunakan alamat ibubapa, rakan atau lain-lain, gunakan alamat tersebut selepas anda meninggalkan sekolah atau kolej.

Gunakan nombor telefon tetap dan sertakan nombor kawasan anda. Sertakan juga nombor telefon bimbit anda jika ada.

Sertakan alamat emel anda. Kebanyakkan majikan berpendapat emel sangat berguna. (Nota: gunakan alamat emel yang lebih bersifat professional.)

b. Pendidikan

Senaraikan latar belakang pendidikan anda mengikut urutan tahun. Tahap pendidikan atau kelayakan terkini hendaklah ditulis terlebih dahulu diikuti dengan tahap pendidikan atau kelayakkan yang terdahulu.

Senaraikan tahun, nama sekolah atau institusi yang pernah diikuti serta keputusan peperiksaan sama ada peperiksaan sekolah ataupun peperiksaan awam.

c. Pengalaman Kerja

Secara amnya anda belum mempunyai pengalaman seperti yang dikehendaki oleh majikan. Tetapi jika anda pernah bekerja sebelum ini, terangkan secara ringkas mengenai pengalaman kerja anda walaupun ia tidak mempunyai persamaan dengan pekerjaan yang dipohon.



CopyRight @ 2008, Sabah Online Education Portal, KPSKTM   [Disclaimer] | [Terms Of Use]